Posts

Showing posts from November, 2017

Sejarah Dunia Barat

Kuasa besar manakah yang paling bertanggungjawab dalam menyebabkan tercetusnya Perang Dingin – Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat atau Britain? by NF             Perpecahan Kuasa Besar bertiga yang terdiri daripada Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat dan Britain telah membawa kepada tercetusnya Perang Dingin di Eropah. Perang Dingin merupakan perang yang berbeza dengan perang-perang yang lain. Hal ini demikian kerana, Perang Dingin ialah perang yang tidak melibatkan penggunaan senjata oleh pihak-pihak yang terlibat. Antara pihak yang terlibat dalam perang ini boleh dikategorikan kepada dua, iaitu blok kapitalis dan blok komunis. Masing-masing bersaing antara satu sama lain demi menjaga kepentingan negara mereka. Selepas perang dunia kedua, dunia telah dikuasai oleh dua kuasa besar iaitu Kesatuan Soviet dan juga Amerika Syarikat.  Hubungan antara kedua-dua kuasa besar yang renggang selepas tamat peperangan dan ini menand...