My Experience: Rancangan Orientasi Kendiri Sekolah (ROKS), USM
Assalamualaikum.. Haii semua 🙋
Okay hari ni I nak kongsi pengalaman sepanjang menjalani Rancangan Orientasi Kendiri Sekolah (ROKS)!! So teruskan membaca kalau nak tahu 😎
Baik. Mesti ada yang tertanya-tanyakan apa benda ROKS ni eh?
Alright, for your information ROKS ni special untuk Mahasiswi @ Mahasiswa USM je tau. Sebab kalau universiti lain yang ambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, mereka akan menjalani Rancangan Orientasi Sekolah a.k.a ROS. So adalah perbezaan satu huruf kat situ.. hihi.
ROKS, merupakan satu rancangan yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada bakal Guru Pelatih Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), USM Tahun Tiga mempelajari dan memahami pengurusan dan persekitaran sekolah, budaya kerja dan tugas seseorang guru di sekolah.
ROKS BUKAN Latihan Mengajar tetapi sebagai PEMBANTU GURU.
Okay back to our main focus 🙉
ROKS
R - Rancangan
O - Orientasi
K - Kendiri
S - Sekolah
Semua Mahasiswa & Mahasiswi Tahun 3 di Universiti Sains Malaysia (Sastera Dengan Pendidikan, Sains Dengan Pendidikan & TESOL) wajib untuk menjalani latihan ROKS ini selama SEBULAN. (sekitar bulan 6 hingga 8)
Tujuan ROKS:
i) Memahami dan mempelajari pengurusan, persekitaran dan budaya kerja sekolah.
ii) Mempelajari dan memahami tugas dan tanggungjawab seorang guru, Guru Bayangan (Shadow Teacher)
iii) Menyumbang tenaga melalui SATU Projek Khas pilihan pelajar.
PERSAMAAN dengan Universiti Awam lain:
1) Mempunyai seorang Guru Pembimbing (Subjek: Major)
2) Sebagai Pembantu Guru/ Guru Ganti (Relief kelas guru yang tidak hadir)
PERBEZAAN dengan Universiti Awam lain:
1) Hanya 2 minggu SAHAJA, tapi bergantung juga ikut u, biasanya 2 minggu.
2) TIDAK DIBENARKAN mengajar. Maklumat ni I dapat dari pelajar salah sebuah UA, masa I ROKS.
SEBELUM menjalani ROKS:
Ada beberapa perkara PENTING yang kau kena buat sebelum menjalani ROKS, iaitu:
i) PILIH sekolah yang berdekatan @ berhampiran dengan tempat kediaman (kebiasaanya, pelajar lebih memilih untuk ke sekolah lama, sebab senang dah ada kenalan)
ii) Buat temujanji dengan Pengetua @ Pentadbir sekolah untuk menyatakan hasrat murni kau tu (maksudnya nak menjalani ROKS, kat sekolah tu)
iii) Kalau diterima boleh serahkan segala dokumen yang pihak PPIP dah sediakan untuk beri pada pihak sekolah, kalau lamaran kau ditolak, kau carilah sekolah yang sudi terima kehadiran kau. Hihi
...
Dalam waktu kau menjalani ROKS tu juga ada beberapa tugasan yang kau kena buat yang I akan cerita kat bawah ni & salah satunya ialah interview!
MINGGU PERTAMA
Alkisah, minggu pertama di sekolah yang I pilih. Mula-mula tu agak awkward lah kan, sebab murid-murid semua panggil kita cikgu, tapi pada masa yang sama aura dan semangat tu lain macam sikit bila orang panggil kita cikgu, walaupun tak official lagi. Hihi 🙈
Okay, bayangkan hari pertama masuk sekolah dah kena duduk dalam perhimpunan rasmi dan sebaris dengan guru-guru sekolah. MashaAllah, sekali lagi rasa aura tu lain macam, rasa nak menabur bakti yang sehabis mungkin pada anak bangsa. Gitew...Lepas perhimpunan tu pulak GPK pesan nak jumpa, jadi hati pun rasa berdebar-debar, rasa macam dah dewasa je. Hee. GPK pun senaraikan segala perkara yang kita sebagai Guru tak official ni boleh buat dan tak boleh buat. Ohh ya jangan lupa ingat taraf kita waktu ni hanya sebagai Pembantu Guru & BUKAN Guru Pelatih okay adik-adik. Berpijak di Bumi yang nyata kata orang.. Alhamdullillah guru-guru kat sekolah semua baik-baik belaka, sering memberi tunjuk ajar kat I.
Masa minggu pertama ni juga kau akan dapat Guru Pembimbing @ Mentor yang akan mendidik kau menjadi bakal guru yang cemerlang. Kebiasaannya kau akan dapat Guru Pembimbing tu sama Major dengan kau. Ohh ya, jika bernasib baik macam I, dapat lah peluang mengajar murid-murid. Macam I dulu dapat mengajar subjek Sejarah Tingkatan 5, adalah dalam dua kali, jadilah kan dari tak ada 💁
Kalau Guru Pembimbing kau tak bagi ajar janganlah kecil hati, ada lah tu seba-musababnya ya. So kalau kau relief class tu boleh la plan aktiviti dengan murid contoh buat kuiz ke, tanya cita-cita ke, teka-teki ke, bagi motivasi ke, kau buatlah apa-apa yang dapat beri manfaat pada murid tu.
Masa minggu pertama ni lah kita nak sesuaikan diri dengan keadaan di sekeliling, jangan nanti sampai ke minggu terakhir ROKS pun still rasa tak selesa lagi. Minggu pertama juga kau kena berkenal-kenalan dengan guru-guru sekolah tu, cuba kenal seamai yang mungkin. Ingat JANGAN sombong atau diam sahaja. Debab apa? sebab anda sedang diperhatikan oleh guru-guru lagend di sekolah tu. So keep smile dan jangan lupa tanya kalau tak tahu, bak kata orang tua-tua TAK TAHU TANYA!
Kelas ganti / Relief: Okay sebagai pembantu guru juga, masa ni lah kau akan diberikan kelas ganti bagi guru-guru yang tidak dapat hadir. Jadi jangan terkejut sangat okay? hehe.. Terima dengan seikhlasnya, yelah sebab bukannya ada kerja sangat pun. Dari kau duduk kat bilik guru tu tidur baik kau masuk kelas ganti dapat juga kau merasa feeling-feeling REAL cikgu. Hee takdelah gurau je, maksud I ni lah peluang untuk kau engaged dengan murid-murid, cuba serasikan diri dengan murid.
MINGGU KEDUA
Almost same dengan minggu satu (Relief class and etc). Tapi minggu kedua ni ada pembaharuan sikit sebabnya I kena handle kem untuk murid-murid Tingkatan 1 hingga 5, nama kem ni ialah Kem Badan Beruniform dan ia sudah menjadi kewajiban aktiviti sekolah setiap tahun. Jadi sebagai pembantu guru I ditugaskan untuk mengikuti kem tersebut selama 3 Hari 2 Malam sahaja. Hihi. Tapi bestlah, sebab sebelum ni kau pergi kem jadi peserta tapi sekarang ni kau pergi kem jadi cikgu. Tugasnya, cuma pantau aktiviti dan keselamatan murid-murid sahaja, simple kan? Masa ni juga lah kau boleh engaged dengan murid-murid kau dan kenal dengan lebih mendalam. Gitew.
MINGGU KETIGA
Okay minggu ketiga pun sama repeat kelas ganti/ relief. Masa minggu ketiga ni juga ada satu majlis besar yang bakal diadakan di sekolah iaitu Majlis Sambutan Hari Raya, sebab masa tu masih lagi dalam bulan syawal dan merupakan majlis wajib yang akan diadakan setiap tahun di sekolah. Bestlahkan dapat makan free. Hehe. Tapi bukan tu main point nya, nak cakap kat sini I ditugaskan untuk uruskan bahagian persiapan tempat. Huhh, bukan tugas biasa-biasa okay, persiapan tempat di Dewan Besar sekolah! Alhamdulillah, bukan kita je yang uruskan, ada juga anak-anak murid yang telah ditugaskan untuk membantu guru dalam membuat persiapan tempat. Kita sebagai pemantau @ fasilitator lah lebih kurang gitu. Sebabnya nak didik murid-murid supaya tidak kekok dengan benda-benda macam ni bila mereka dah masuk ke alam universiti nanti kan. Okay I belanja sikit gambar Jamuan Raya:
MINGGU KEEMPAT
Minggu terakhir di sekolah, sedih juga rasanya, macam tak cukup je sebulan. Hihi. Rutin masih lagi seperti biasa iaitu relief. Masa minggu keempat ni juga lah I pulun interview Pengetua dengan barisan GPK untuk lengkapkan tugasan. Haa tu la ingat sebulan lama ke, pejam celik dah masuk minggu akhir. Masa interview pentadbir ni lah kau kena practice dulu cara komunikasi tu (formal), janganlah kau nak interview tapi macam borak dengan kawan-kawan kat kedai mamak, faham tak maksud I? Okay macam ni masa kau interview barisan pentadbir tu gunakan bahasa formal dan kemudian tanpa kau sedar suasana formal tu akan jadi santai & kalau rajin (kena rajin) sediakan soalan yang kau nak tanya, sebab nanti kau tak tahu nak tanya apa kalau tak buat list soalan.💁
So I harap perkongsian yang tidak seberapa ni sedikit sebanyak dapatlah memberi gambaran pada semua Mahasiswa & Mahasiswi yang bakal menjalani ROKS! You gaiss ROKS babeh 💃
hi boleh listkan soalan interview kepada pihak pentadbir dan pengetua? mcm menarik je hehe s
ReplyDelete